Kunjungi kami:

 
 

[ FAQ ]    

TCE- Anai-anai

Jika ada semut, adakah tiada anai-anai?
Ya, semut merupakan musuh semulajadi anai-anai. Dalam keadaan persekitaran yang sumbernya mencukupi, sesetengah spesis semut dan anai-anai boleh wujud dan hidup bersama. Tabiat pembinaan sarang juga berbeza dimana semut biasanya membuat sarang di permukaan tanah atau di sebalik celah dan rekahan, dan mempunyai rangkaian sarang. Manakala anai-anai dari spesis subteranean (spesis yang paling merosakkan kediaman) membina sarang jauh didalam tanah. Pergerakan anai-anai adalah dilindungi dengan terowong-terowong tanah yang dibinanya. Ini membolehkan mereka hidup bersama.

Kenapa anai-anai hidup bersembunyi?
Anai-anai bersembunyi untuk keselamatan dan sifat semulajadinya. Anai-anai yang tidak mempunyai cengkerang untuk berlindung, bergantung kepada terowong-terowong tanah yang dibinanya untuk berlindung dari musuh. Kulit anai-anai yang nipis menyebabkan mudah dehidrasi dalam suhu panas. Terowong-terowong tanah ini selain dari mengekalkan suhu yang rendah juga berfungsi membekal air untuk penghadaman makanan. Disebalik terowong tanah ini jugalah anai-anai berkomunikasi.

Adakah disebabkan iklim Malaysia yang sedemikian anai-anai dapat hidup berleluasa?
Iklim tropika dan kadar kelembapan yang tinggi memang meggalakkan kadar pertumbuhan populasi anai-anai terutamanya di kawasan pantai. Walaubagaimanapun, spesis yang berbeza didapati popular di kawasan dan negara yang berlainan.

Apakah jenis anai-anai yang terdapat di malaysia?
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh USM, adalah dipercayai terdapat lebih dari 48 spesis anai-anai di Malaysia. Spesis yang biasanya membawa banyak kemusnahan kepada kediaman adalah dari spesis subteranean - coptotermes.

Apakah jenis kerosakan yang mampu diakibatkan oleh kehadiran anai-anai?
Ini amatlah bergantung kepada jenis anai-anai, saiz koloni, jangka hayat koloni tersebut, kehadiran sumber makanan and sebagainya. Ada banyak factor yang boleh mempercepatkan serangan dan jumlah kerosakan. Kos pembaikan meningkat sekirannya jangkamasa kehadiran anai-anai semakin lama. Anai-anai juga menyerang buku, dokumen, pakaian dan bahan-bahan yang mengandungi kanji selain struktur kayu.

Apa yang patut Saya Lakukan sekiranya menenui anai-anai?
JANGAN PANIK. JANGAN MENGANGGU AKTIVITI ANAI-ANAI TERSEBUT ATAUPUN CUBA MERAWAT DENGAN MENGUNAKAN SEMBURAN AEROSOL. Hubungi Operator Makhluk Perosak yang sah dan didaftarkan. Menganggu atapun cubaan membunuh anai-anai yang dilihat hanya menyebabkan pemindahan koloni tersebut ke tempat pemakanan yang lain dan kerosakan berterusan.

Adakah semua famili dan jenis anai-anai berisiko kepada isi rumah?
Tidak. Sesetengah jenis anai-anai hanya makan tumbuhan, pokok dan kayu-kayan yang reput. Fungsi jenis anai-anai ini sekadar melancarkan kitar semulajadi. Hanya sebahagian kecil jenis anai-anai yang membawa risiko kerosakkan kepada struktur bangunan. Adalah mustahak anda mengupah khidmat Operator Kawalan Makhluk Perosak yang sah dan bedaftar untuk menganalisa keadaan risiko aset anda.



General Pest - Tikus

Macamana untuk mengelakkan tikus mati di dalam rumah?
Kita tidak boleh 100% pasti untuk mengelakkan tikus tersebut mati di dalam rumah selepas sesi rawatan telah dijalankan. Seorang Pangendali pest control dengan senarai ringkas boleh memberikan penyelesaian. Dengan mengambilkira faktor struktur dan persekitaran bangunan, tempat persembunyian tikus, jenis tikus, ventilasi penyaman udara, laluan tikus, kemudahan dan kerjasama akan memutuskan cara kawalan dan ianya merangkumi teknik umpanan, perangkap dan halangan fizikal. Sekiranya tidak dapat dipastikan tempat tikus tersebut mati, Sky Pest boleh membantu dengan kos yang minimum dimana diskaun 50% akan diberikan untuk lawatan susulan.

Apakah cara kawalan tikus yang terbaik?
Kita mempraktikkan strategi 3 peringkat dalam mengendalikan masalah tikus. Strategi ini dapat menghalang serangan tikus dari 3 spesis utama dan ia memberi perlindungan yang berkesan setelah masalah tikus tersebut dihapus atau dikurangkan. Kos untuk mempraktikkan strategi ini adalah agak mahal. Bagaimanapun, Sky Pest dapat memberi perkhidmatan dengan kos yang berpatutan.

 

General Pest - Lipas

Saya telah membeli perangkap gam. Apa gunanya perangkap gam "glue trap" ini?
Bagi pengendali makhluk perosak yang terlatih, perangkap gam berfungsi untuk pemantauan keberkesanan selepas rawatan dan sebagai penggesan pembiakan lipas untuk jangkamasa panjang. Rawatan yang sesuai adalah perlu sekirannya didapati kuantiti yang terperangkap adalah banyak dan dari pelbagai saiz dan spesis. Ini bermakna koloni tersebut telah berkembang. Perangkap digalakkan diganti setiap bulan kerana apabila ia berhabuk kesan gam tersebut akan berkurangan.

Tahap keberkesanan Kaedah Semburan?
Semburan adalah salah satu daripada kaedah-kaedah aplikasi. Keberkesanan bergantung kepada bahan kimia yang digunakan. Pengendali Makhluk Perosak yang terlatih akan menentukan kaedah rawatan berdasarkan kaedah operasi, tabiat pembersihan, spesis dan tahap sensitiviti tempat yang akan dirawat. Kami juga mungkin mengguna pakai kaedah alternatif jika kadar pengerumunan adalah terlalu serius. Bincanglah dengan kami.

Adakah mesti selalu di sembur jika lantai selalu di mop seperti Restoran?
Ini bergantung kepada kadar pengerumunan. Jika kawalan adalah dalam tahap awal, ini adalah tidak perlu. Walaubagaimanapun, kemungkinan rawatan yang lebih kerap pada tahap awal perlu dan apabila populasi telah berkurangan rawatan bulanan (bagi industri pemakanan) dan dua bulan sekali (bagi pejabat dan kediaman) adalah mencukupi. Tambahan, bahan kimia yang digunakan akan bersesuaian dengan keperluan operasi.



General Pest - Semut

Adakah terdapat kaedah "baiting"?
Ya, dengan mekanisma dan kesan yang sama. Walaubagaimanapun, kaedah ini tidak terbukti seperti Nemesis Termite Baiting System untuk menghapuskan koloni tersebut. Semut didapati berkurangan dari kawasan umpanan disebabkan daya tahan atau mereka membuat sarang ditempat yang lain. Sky Pest turut menggunakan kaedah ini tetapi digabungkan bersama kaedah lain.



General Pest - Cicak

Kenapa cicak selalu berada di kawasan lampu?
Dalam industri Kawalan Makhluk Perosak, cicak bukan dikategorikan makhluk perosak. Malahan cicak menolong mengawal serangga terbang. Tetapi tahi cicak adalah tidak menyenangkan kepada ramai. Cicak sepertimana makhluk perosak lain hidup berdekatan dengan sumber makanannya. Pada waktu malam apabila lampu dinyalakan, serangga-serangga terbang akan tertarik kepada cahaya lampu. Pada masa ini jugalah cicak keluar. Pada waktu siang pula cicak akan menyorok di belakang kabinet, rekahan pada dinding dan atap. Mustahil untuk menghapuskan cicak sepenuhnya tetapi untuk mengurangkan populasinya kita boleh meggunakan kaedah menghalau, mengurangkan sumber makanan mereka dan kaedah pengumpanan. Yang penting tanggani masalah serangga terbang dan cicak akan berkurangan
.





NEMESIS Q&A

Adakah kawalan pemantauan dan rawatan Nemesis efektif?
Ya – ia amatlah efektif dan efisien. Konsep Sistem Nemesis adalah memaksimakan kawalan dengan pengunaan bahan perawit aktif yang minima untuk manfaat manusia dan alam sekitar.

Bagaimanakah Sistem Nemesis berfungsi?
Sistem Nemesis mengunakan teknologi umpan yang mengandungi perawit aktif untuk membantutkan perkembangan koloni anai-anai. Umpan yang digunakan amatlah menarik kepada anai-anai sebagai sumber makanan.

Mengapa anda perlukan Operator Kawalan Perosak yang sah dan berdaftar untuk malakukan rawatn sistem Nemesis?
Operator Kawalan Perosak yang sah dan berdaftar adalah terlatih dan berpengalaman mengenai biologi anai-anai, ekologi dan habitat, keadaan struktur bangunan dan kawasan rawatan, bahagian bangunan yang berisiko tinggi, pengesanan aktiviti anai-anai dan laporan dan mempunyai maklumat dan pengalaman menawarkan khidmat kawalan perosak yang berintegrasi dan menyeluruh.

Berapa lamakah untuk Sistem Nemesis menghapuskan koloni anai-anai yang dirawat?
Kebanyakkan kes mengambil lebih kurang 6-12 minggu, tetapi kadang-kala ia mengambil masa yang lebih panjang beberapa bulan. Faktor-faktor kepada keadaan ini adalah saiz koloni, jenis anai-anai yang dirawat dan umpan Nemesis yang tercemar. Semasa rawatan aktiviti anai-anai akan berkurangan sehingga di hapuskan sepenuhnya.

Berapa kerapkah Stesen Pemantauan Nemesis yang aktif dengan anai-anai dipantau?
Lebih kurang 3 minggu sekali, dan bergantung kepada keadaan umpan yang perlu di tambah.

Adakah dengan pemasangan Stesen Pemantauan Di Bawah Tanah Nemesis disekitaran perimeter rumah akan menarik anai-anai ke rumah saya?
Tidak. Anai-anai tidak boleh mencium bau kayu melalui tanah. Anai-anai hanya akan menemui stesen Nemesis semasa menyelongkar di bawah tanah mencari makanan. Ini membolehkan Sistem Nemesis mengesan aktiviti anai-anai dibawah rumah dan seterusnya merawat sebelum kerosakan serius kepada struktur bangunan.



General Q&A

Adakah rawatan racun berbahaya kepada manusia, tumbuhan dan binatang peliharaan?
Ya, semua bahan kimia adalah merbahaya kepada manusia, tumbuhan dan binatang peliharaan jika ianye tidak di aplikasi dn digunakan dengan betul. Hak anda untuk (1) memastikan bahawa bahan kimia yang di gunakan adalah dari jenama yang boleh dipercayai, contohnya, Bayer, BASF, Syngenta dan (2) Pengendali adalah yang terlatih dan diperakui (Lembaga Racun Malaysia mensyaratkn Pengendali adalah terdiri dari rakyat tempatan) (3) Syarikat adalah berdaftar sebagai Pengendali Pest Control (PCO) (4) Bahan kimia yang mempunyai kadar toksik yang rendah adalah lebih baik - Kelas III dan IV (5) anda harus memastikan anda menerima dan menyimpan salinan borang kerja2 rawatan yang manyatakan bahan kimia yg digunakan, campuran dan larutan. Rawatan adalah lebih bernilai dengan penggunaan racun yang kurang.



Fakta Kawalan Makhluk Perosak

  1. Kawalan Makhluk Perosak Berintegrasi (IPM)
    Kawalan Makhluk Perosak Berintegrasi (IPM) adalah strategy kawalan yang berfokus jangka panjang dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan rawatan yang boleh mengakibatkan kesihatan manusia dan alam sekitar, dan organism lain paling minima. Kawalan makhluk perosak yang paling digemari termasuklah mengalakkan kawalan biologi dengan menggunakan tumbuhan ataupun serangga pemusuh kepada makhluk perosak yang disasarkan, mengguna racun perosak yang rendah tosik, mengamalkan amalan kebersihan, perparitan, pembajaan dan sebagainya yang dapat mengurangkan masalah perosak, dan mengubah habitat makhluk perosak tersebut supaya pembiakannya terganggu. Racun perosak digunakan hanya sebagai langkah terakhir, dan digunakan dengan pemantauan yang ketat dan mengikut tatacara yang direkomen.

    Pengamalan program Kawalan Makhluk Perosak Berintegrasi (IPM) memerlukan pemahaman yang kukuh and keseluruhan mengenai makhluk perosak yang disasarkan, sejarah dan jangka hayat, keperluan sekitaran dan makhluk pemusuhnya, termasuklah kaedah pemantauan yang sistematik, bukti-bukti dan jenis kerosakan, dan lain-lain bukti kehadirannya.

  2. Operator Kawalan Makhluk Perosak (PCO) and Lesen Pemakai Racun Perosak (PAL)
    Industri Kawalan Makhluk Perosak adalah dibawah peruntukkan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan dikawal ketat oleh Pegawai Pelesen Racun Makhluk Perosak disebabkan penggunaan bahan-bahan kimia dan kandungan kimia dalam perkhidmatan yang diberikan. Operator yang melakukan rawatan haruslah melalui latihan yang secukupnya, memperolehi sijil dan kelayakkan tersebut adalah dipantau oleh Unit Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Negeri.

    Hanya Operator Kawalan Makhluk Perosak (PCO) yang sah dan didaftarkan boleh memberi khidmat kawalan makhluk perosak kepada sektor swasta, isi rumah, pejabat komersial, sektor perkhidmatan seperti pusat kesihatan, industri pemakanan, dan sebagainya. Pihak kerajaan menerusi Unit Kawalan Racun Perosak hanya dapat memantau sebarang salah laku dan menghulurkan bantuan kepada pengguna dengan maklumat PCO yang sah. Aduan yang berkaitan dengan keracunan, kerosakan, ketidakpuasan terhadap khidmat yang diberikan dan kecuaian PCO tersebut.

  3. Makhluk Perosak yang Ketara di Bandar
  • Ants (Semut)
  • Bedbugs (Pijat)
  • Booklice
  • Carpenter Ants
  • Carpenter Bees
  • Carpet Beetles
  • Cockroaches (Lipas)
  • Fleas (Kutu)
  • Flies (Lalat)
  • Mosquitoes (Nyamuk)
  • Perimeter Pests: Centipedes, Crickets, Earwigs, Grasshoppers, Ground beetles, Millipedes, Scorpions, Crawling Spiders
  • Rats and Mice (Tikus)
  • Silverfish
  • Stored Product Pests (Perosak Gudang Simpanan)
  • Subterranean Termites (Anai-anai)
  • Wasps, Hornets & Yellow Jackets
  • Wood-Infesting Beetles


Di galakkan; Tidak digalakkan

Selecting a Professional Pest Control Company

  • The safer, more effective pest control products cost more.
  • The level of training and experience of the service technician may vary greatly.
  • The warranties offered by various companies may differ and indeed be worthless if the company subsequently goes out of business.
  • BE CAREFUL: Unrealistic price cutting and resultant inadequate servicing is more likely to occur with some companies operating from a rented residence using a temporary phone number. Here today - gone tomorrow. Such low pricing may only be achieved by providing a sub-standard service using trainee operators and the cheaper old style highly toxic pesticides - a hazard to themselves and the general public. The modern technology products are far safer but much more expensive and require a higher level of skill to ensure an effective result.

What to expect from a Pest Control Company?

  • Options: In most cases, a serious termite infestation will require the use of some chemicals, in order to minimize the risk of severe timber damage to a building. However, there are modern products and technologies available to suit environmentally sensitive situations.
  • Inspection Report: After a thorough inspection and detailed written report on the premises, your pest professional should recommend pest control methods suited to your particular circumstances, with an emphasis on safety and effective protection of the premises.

Ensuring a reliable Pest Control Company
One of the most common consumer complaints is that the Company has NOT done the job properly "the termites are back causing major damage" and the Company has disappeared, leaving the home-owner to pay for retreatment and repairs.

Your enquiries should focus on whether the business is a solid company in case a problem arises in the future, the level of expertise, and the safety aspects employed.

  • First inquire as to how long the business has been established. Do they have a good reputation in the market-place?
  • Ask questions about termites and the different treatment options the company employs, the materials used, and their application techniques.
  • Be present during the termite inspection. Study the general presentation of the inspector, such as, was the inspector in company uniform, with proper identification, arrive in a tidy motor vehicle and use quality equipment, was a thorough inspection carried out, and were you presented with informative documentation regarding the inspection findings and treatment proposals? Did the inspector adequately explain the alternatives so you are confident they knew the subject matter?
  • Enquire as to the qualifications and experience of the termite inspector. Does he/she have a current Pest Control Operator License and Pest Applicator License?
  • Enquire as to whether the company uses employees or sub-contractors. Be wary of companies with sub-contractors as problems often occur in the market place where sub-contractors are obliged to pay for the supply of chemical and other costs but do not assume responsibility if the service proves to be inadequate at a later date.



 
© 2010 Sky Pest Sdn Bhd,. All Rights Reserved.